Rabu, 2 Disember 2009

Aktiviti!

Datuk Ahmad Jais hiburkan Malam Amal Puteri Bersama Karyawan

BARU-BARU ini berlangsung majlsi Malam Amal Puteri Bersama Karyawan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya.

Majlis yang dihadiri beberapa dif kehormat yang turut menyerikan majlis ini seperti Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Mohamed bin Mohd Daud, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek, bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar, Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Siti Azizah Abot dan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia dan Datuk Abdul Murad Khalid.

Bacaan doa oleh Exco Biro Agama Karyawan, Saudara Syed Mahdi, seterusnya program yang diacarakan oleh Saudara Jaafar Onn membuka tirai dengan persembahan dari dua artis muda berbakat besar iaitu Wanie dan Shasha yang menyampaikan lagu Darah Muda serta Siapa Gerangan.

Penyanyi hebat 80-an, Nassier Wahab pula berduet dengan Salwa Abd Rahman menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Malam Gemilang, merancakkan lagi suasana majlis.

Dan diikuti giliran Dato’ Yusni Hamid menyampaikan lagu bertajuk Bisikan Hati serta diselikan dengan persembahan mantap dari Dayang Nurfaizah menerusi lagu Penawar Rindu dan Unforgettable.

Namun persembahan penuh santai, Datuk Ahmad Jais menyanyikan lagu kegemarannya Umpan Jinak Di Air Tenang mendapat tepukan gemuruh. Malah persembahan Haziq AF dengan lagu Mohon Kasih, turut mendapat pujian dari penghibur lagenda ini.

Manakala V.Sarangabanie pula menyampaikan lagu Sinaran Cinta dan Iqwal menerusi lagu tamil, Oru Malai. Andre Goh pula tampil dengan lagu Hiburkan Hatiku.

Suasana semakin meriah apabila Datin Paduka Julie Sudiro mengambil tempat dengan pelbagai celoteh sebelum menyampaikan lagu Can't Take My Eyes On You yang turut dinyanyikan bersama-sama para hadirin.

Dato’ Khatijah Ibrahim, menghiburkan tetamu dengan lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam dan Doa Buat Kekasih dengan penuh bertenaga dan eksklusif.